KUALA LUMPUR: Keluaran dalam negara kasar (KDNK) global diunjur pada 5.5 peratus tahun ini dan 4.1 peratus pada 2022 memandangkan kemunculan varian Omicron telah meningkatkan ketidaktentuan serta risiko menurun terhadap trajektori dalam tempoh terdekat, demikian menurut Moody's Analytics.
"Pertumbuhan KDNK akan semakin berkurangan pada tahun depan apabila sokongan dasar kian pudar, permintaan terpendam mereda serta tekanan rantaian bekalan berlarutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun begitu, firma penyelidikan itu berkata kemunculan Omicron itu dijangka tidak akan menjejaskan momentum pemulihan.
"Sebahagian besar dunia berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding pertengahan 2021, dengan kebanyakan ekonomi dalam mod pemulihan atau pengembangan. Tetapi prestasi yang pelbagai akan berterusan hingga 2022, dipengaruhi oleh liputan vaksinasi, keberkesanan mengurus pandemik dan sokongan dasar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Ogos, Moody's Analytics mengunjurkan KDNK global akan pulih kepada 5.7 peratus tahun ini selepas menguncup 3.6 peratus pada 2020.
Dalam kenyataan terkininya, Moody's berkata bahawa varian Omicron telah mendorong sentimen menjadi lebih rendah, begitu juga dengan gangguan rantaian bekalan yang menjejaskan inventori dan kapasiti untuk menampung permintaan yang meningkat.
"Walaupun pemulihan ekonomi telah menghasilkan jualan yang lebih baik berserta pekerjaan, sikap berhati-hati masih ada. Jangkaan ke tahun depan bercampur-campur kerana ketidaktentuan kekal tinggi, tegasnya.
Ia juga berkata bahawa normalisasi dasar monetari akan menjadi ciri penting landskap ekonomi pada 2022.
"Rizab Persekutuan mendahului dengan pengurangan aset yang lebih agresif ekoran inflasi semakin baik daripada jangkaan awal. Kenaikan pertama dalam kadar dana persekutuan dijangka menjelang September 2022," katanya.
Menurut Moody's, Amerika Syarikat (AS) dan China akan terus memacu pertumbuhan global.
Pertumbuhan KDNK AS diramalkan pada 5.6 peratus pada 2021 dan 4.4 peratus pada 2022 didorong oleh rangsangan fiskal manakala China pula pada 7.9 peratus pada 2021 dan 4.7 peratus pada 2022.
"Ekonomi China menghadapi cabaran dalam beberapa aspek, termasuk kekurangan tenaga, pasaran hartanah yang lemah serta pengumpulan risiko dalam sektor kewangan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Pertumbuhan KDNK akan semakin berkurangan pada tahun depan apabila sokongan dasar kian pudar, permintaan terpendam mereda serta tekanan rantaian bekalan berlarutan. - EPA
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.
Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.
Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil
Menurut kenyataan itu, unjuran stabil tersebut adalah seiring dengan prospek stabil ke atas penarafan Malaysia.
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.